05 February 2009

Anugerah Remaja Perdana

Program: Anugerah Remaja Perdana
Tarikh: 3 Februari 2009
Masa: 8 malam
Tempat: Dewan PKP
Taklimat pengenalan Anugerah Remaja Perdana telah dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur. Ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di Unisel. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Dr.Freestyler, Club Skateboard Unisel dan lain-lain lagi.

PENGENALAN
Program Anugerah Remaja Perdana telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2001. Program ini mengambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Ianya adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul. Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14-25 tahun.
Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Mempunyai 4 komponen wajib iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Kesemua komponen tersebut mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan pertauliahan. Peserta anugerah di peringkat Emas perlu melengkapkan satu kategori tambahan, iaitu Projek Penempatan selama 5 hari 4 malam di suatu penempatan yang dipilih, serta ditemani oleh individu yang bukan kenalan.

Program ini adalah program berasaskan semangat kesukarelawan, memberi peluang dan cabaran kepada belia menerusi aspek-aspek berikut :-

1. Menyediakan peluang-peluang baru untuk menyahut cabaran;
2. Membentuk matlamat diri sendiri dan mencapainya;
3. Belajar mengenali diri melalui penemuan sendiri, kualiti peribadi dan kesungguhan;
4. Mampu merancang dan mengatur aktiviti mengikut kemampuan sendiri;
5.Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan berpandangan positif;
6. Belajar bergaul dan berinteraksi dalam masyarakat;
7.Menjadi lebih peka kepada keadaan sekeliling dan persekitaran; dan
8. Membina kebokehan untuk mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian.





Program Pengenalan Anugerah Remaja Perdana ini telah dilancarkan dengan jayanya di Unisel. Bagi sesiapa yang berminat, peluang masih terbuka untuk anda menyertai dan menjadi salah seorang calon Anugerah Remaja Perdana ini. Sila tinggalkan nama penuh dan nombor telefon anda kepada mana-mana Exco SRM Unisel, dan anda akan dihubungi untuk ke majlis rasmi penyerahan diari Anugerah Remaja Perdana pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.


more info: http://web.utm.my/srm/index.php?option=content&task=view&id=19&Itemid=47

0 comments:

Post a Comment

 

All About Sekretariat Rakan Muda Unisel

My photo
To gather all SRM UNiSEL members and give out latest Rakan Muda and SRM UNiSEL's activity. This could be a platform for group members to get to know each other and maybe plan for something better together in here.

mal tag

Lagu Rakan Muda

Admin



Syahrul Hisham Bin Abdul Azim (Presshark)
No Tel : 019-2483171

Nur Nabihan Binti Hazahlan (An.Nabihan)
nabihan.an@gmail.com

Email SRM UNISEL
srmunisel2u@gmail.com

Pengumuman Penting !!!
yang ingin buat sebarang pengumuman sila rujuk admin


Members

srmunisel2u Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Blogger Templates