31 December 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010


Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia. Tinggal beberapa ketika sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya manakala menandakan permulaan bagi tahun 2010. Adalah menjadi kebiasaan, menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Namun perlulah cita-cita dan keazaman itu disusuli pula dengan tindakan bagi menyempurnakan tekad itu.

Lembaran Tahun Baru
1. Tahun ini ‘kan berlalu, laksana anak panah terlepas dari busurnya. fajar baru di tahun yang akan datang, semoga menjadi lembaran baru yang lebih baik dan lebih utuh. Selamat tahun baru 2010 M, semoga lebih maju dan berjaya dalam setiap susur galur kehidupan.

2. Serpihan malam bulan sabit, menjelang hari baru pertanda tiba waktu yang ditunggu. Kembang bunga api meriuh ke angkasa sambut tahun muda  2010. Selamat tahun baru 2010 M, semoga lebih baik dibanding tahun sebelumnya.

3. Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang kala tak berarti, kadang kala tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran memberi manfaat. Selamat tahun baru 2010. Semoga lebih berjaya dalam usaha.

4. Tahun ini 2009 hampir terurai, belumlah terguris tanpa coretan bererti, belum lah setiap gagasan menjadi nyata, konsep masih dalam dokumen, masih tanpa kenyataan. walhal telah berada dipenghujung, meskipun akan terlewati, semoga ada perubahan, dalam lembaran baru. Selamat tahun baru 2010 M.

5. Matahari menyelinap dibalik bukit, sembunyikan kenangan hidup, menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda, sebentar lagi ‘kan menjelang. Selamat datang tahun baru 2010 M, harapan baru dan perubahan baru.

6. Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah coretan, hari esok adalah harapan. Selamat datang tahun baru 2010 M. Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.

7. Malam ini ‘kan berlalu, minggu ini ‘kan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini ‘kan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2010 M. Semoga selalu jaya dan sejahtera.

8. Senja indah, kirimkan nokhtah keemasan, kirimkan pertanda keagungan, kekuasaan, serta kemegahan. Meski itu hanya sekejap, hingga sirna ditepis malam, pertanda esok akan tiba. Selamat tahun baru 2010 M. Semoga kejayaan akan datang selalu.
Read rest of entry

24 December 2009

SRM-UNISEL ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal


SRM-UNISEL ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian UNISEL dan Selamat Tahun Baru kepada warga UNISEL dan seluruh rakyat Malaysia.




Sedikit Info Xmas mengikut Wikipedia
Penganut Kristian merayakan hari kelahiran Nabi Isa(Jesus) yang disebut sebagai Hari Krismas atau Hari Natal pada 25 Disember pada setiap tahun.

Sarjana Kristian menyatakan tahun sebenar Nabi Isa ialah pada tahun 6 atau 7 sebelum masehi. Mungkin juga pada tahun 8 dan 6 sebelum tarikh masehi. Ketidakpastian tarikh ini tidaklah menghairankan kerana gereja Kristian zaman dahulu tidak mementingkan tarikh. [1]

Hari raya yang terbesar dalam agama Kristian ialah Paskah bukan Hari Natal. Hari Natal itu baru dirayakan di Persidangan Rome tahun 354 m , di Contantinople 376 m dan di Antiochia 388 m Menurut Usener, mulanya Hari lahir Nabi Isa disambut pada 6 Januari. Tetapi Paus Liberius menukar kepada 25 Disember. Gereja-gereja Katholik merayakan hari lahir Nabi Isa pada 7 Januari sehingga sekarang.




Santa Klaus
Sinterklas (dalam bahasa lain juga dikenal dengan nama Santa Klaus, Santo Nikolas, Santo Nick, Bapak Natal, Kris Kringle, Santy, atau Santa) adalah tokoh dalam berbagai budaya yang menceritakan tentang seorang yang memberikan hadiah kepada kanak-kanak, khususnya pada Hari Natal.

Santa berasal dari sebuah watak dalam sebuah cerita rakyat di Eropah dan ianya berasal dari seorang lelaki yang bernama Nikolas dari daerah Myra, dilahirkan sekitar 280 M lokasi yang tidak jauh dari daerah Myra (Demre) di negara Turki. Ayahnya adalah seorang yang berbangsa Arab yang bernama Epifanius manakala Ibunya bernama Nonna. Nikolas adalah seorang yang taat pada agamanya, dia adalah seorang dermawan  yang suka memberikan hadiah kepada mereka yang merupakan golongan fakir.

Watak Santa kemudian menjadi sebuah watak yang penting dari tradisi Natal di dunia barat dan juga di Amerika Latin, Jepun dan bagian lain di Asia Timur.

Hari Sinterklas dirayakan di seluruh dunia pada tanggal 6 Desember.
Read rest of entry

13 December 2009

Happy Holiday.


 
Pejam dan celik,akhirnya kita telah sampai ke penghujung tahun 2009.
Banyak kenangan, cabaran, dugaan, ujian, pahit manis yang telah berlaku pada semester ini.
Semoga pada tahun yang mendatang,kita dapat lakukan yang terbaik dalam kehidupan kita.

Pada yang kawan-kawan yang masih berjuang dengan peperiksaan, selamat berjaya diucapkan, pada kawan-kawan yang sudah pulang ke kampung dan bercuti, semoga percutian ini di isi dengan perkara yang bermanfaat.

Akhir kata, kami warga Sekretariat Rakan Muda UNISEL memohon maaf jika ada perbuatan kami menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari kesilapan dan kelalaian kami sendiri.

Selamat Bercuti dan Jaga Diri.
Read rest of entry
 

All About Sekretariat Rakan Muda Unisel

My photo
To gather all SRM UNiSEL members and give out latest Rakan Muda and SRM UNiSEL's activity. This could be a platform for group members to get to know each other and maybe plan for something better together in here.

mal tag

Lagu Rakan Muda

Admin



Syahrul Hisham Bin Abdul Azim (Presshark)
No Tel : 019-2483171

Nur Nabihan Binti Hazahlan (An.Nabihan)
nabihan.an@gmail.com

Email SRM UNISEL
srmunisel2u@gmail.com

Pengumuman Penting !!!
yang ingin buat sebarang pengumuman sila rujuk admin


Members

srmunisel2u Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Blogger Templates