Perkara: Temuduga Jawatankuasa Baru SRM
Tempat: FSP
Tarikh: 4 Februari 2009
Hari: Rabu
Masa: 8.00-11.00 mlm
Semua ahli SRM Unisel berdaftar telah dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan yang dibuka semasa open booth SRM dijalankan bulan lepas. Calon-calon yang layak dipanggil untuk menghadiri temuduga yang dijalankan oleh Ketua Exco Gaya Hidup, saudara Samsul Haizan, Timbalan Presiden II, saudara Zulfadli dan Setiausaha, saudari Hanis.
saudara Raffi dan saudari Hanis
Calon-calon yang terpilih akan berada dalam tempoh percubaan selama 3 bulan. Mereka akan dinilai dan dilatih melalui program-program yang akan dijalankan selepas ini bagi melihat kebolehan dan keupayaan mereka sebagai seorang pemimpin yang cemerlang.
Tahniah diucapkan buat calon-calon yang berjaya. Semoga kehadiran anda sekalian dapat menaikkan lagi nama SRM Unisel dan menjadikan SRM Unisel sebagai sebuah organisasi yang gah dan mantap.
Selamat datang ke keluarga SRM Unisel!! =D
1 comments:
RAFI - untuk makluman semua hampir semua berjaya mencapai tempoh percubaan yang diberikan... namun, tidak ramai yang berjaya mengekalkan semangatnya sehingga ahkhir perjuangan... hanya ada beberapa orang sahaja yang dikenalpasti... semoga pemilihan akan datang didatangi oleh mereka yang merasakan diri mereka mempunyai semangat yang kuat dan membenarkan diri untuk diberi peluang bagi membuktikan sesuatu... jika hari ini anda melakukan kesilapan, munkin tidak pada hari esok...
Post a Comment